Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 11, 2010

TANGGUNGJAWAB SEORANG MUSLIM

Pada 10 mac 2010, satu sesi tazkirah kepada semua guru SMK Ampang Pecah telah diadakan sebelum Mesyuarat Perancangan Strategik Program Pembestarian dijalankan. Agenda bermula 1.15 ptg dengan menikmati juadah makan tengahari dengan pimpinan bacaan doa oleh Tn. Haji Mohtar b. Husin. Selepas menikmati juadah semua guru bersolat jemaah di surau Nur Islam SMKAP sebelum masuk ke bilik mesyuarat bagi meneruskan agenda seterusnya. Tazkirah telah disampaikan oleh saudara Mohamad Sobri Suhaili, guru pelatih dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tajuk tazkirah yang disampaikan oleh beliau ialah Tanggungjawab Seorang Muslim. Berikut adalah kandungan tazkirah yang disampaikan untuk renungan dan muhasabah kita bersama.

Tanggungjawab Seorang Muslim

"Sesiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka
dia sudah mendapat pahala seperti pahala
orang yang mengerjakannya dengan tidak
dikurangkan pahala sedikit pun juga. Sebaliknya
sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan, maka dia
menanggung dosa seperti orang yang mengerjakannya
dengan tidak dikurangkan dosanya sedikit pun."
(Hadis Riwayat Muslim)

Menjaga Solat

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...” ( Bukhari )

“(16) (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu Subuh. (17) Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu Zuhur.”

(Surah Ar-Rum: 16-17)


Berpuasa

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

(Al- Baqarah:183)

Mengeluarkan Zakat

Menunaikan Haji
Sabda Rasulullah SAW: Haji dah umrah itu kedua-duanya fardhu, tidak mengapa mengerjakan yang mana terlebih dahulu.

-Bukhari-


Melakukan segala perintah yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Tanggungjawab terhadap Keluarga
Ibu
bapa
Suami
Isteri
Anak-anak

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan".


No comments:

Post a Comment