Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, October 19, 2009

LADAP KELIMA

Tarikh : 10 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Ampang Pecah
Tajuk : 'In Loco Parentis'
Penceramah: Dr. Aziah bt. Ismail (USM)
Pusat Pengajian Ilmu pendidikan
Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.

Sesi LADAP SMK Ampang Pecah 2009 telah melabuh tirainya dengan tajuk ceramah terakhir iaitu 'In Loco Parentis' yang disampaikan oleh Dr. Aziah Ismail dari Universiti Sains Malaysia. Kandungan ceramah yang disampaikan mengandungi banyak manfaat kepada semua guru terutama dalam memelihara hak guru daripada disaman oleh ibubapa. Pengetahuan ini telah membuka mata semua guru akan pentingnya berjaga-jaga ketika melaksanakan aktiviti di sekolah ataupun di luar sekolah. Pihak SMK Ampang Pecah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Aziah kerana sudi melapangkan masa bersama warga SMKAP berkongsi ilmu yang berharga ini. Terima kasih daun keladi.

RENCANA IN LOCO PARENTIS

ARKIB : 19/06/2008

Pinda AUKU mesti rasional

MENTERI Pengajian Tinggi yang ba- ru telah mengumumkan bahawa draf pin- daan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sudah hampir selesai. Dijangka pin- daan itu akan sampai ke Parlimen dalam persidangan akan datang. Saya gembira ke- rana seorang anggota panelnya ialah rakan saya, Profesor Kanan Dr. Shaik Noor Alam.

Kegembiraan ini saya dasarkan beliau dahulu banyak terbabit dengan perbicaraan-perbicaraan tatatertib pelajar di Universiti Putra Malaysia yang saya juga kerap hadir atas kapasiti sebagai Pengetua Kolej Kediaman. Semasa menimbangkan hukuman sesuatu kes banyak pertimbangan falsafah dimasukkan pada masa itu.

Atas asas itu saya berkeyakinan selain da- ripada memiliki Doktor Falsafah dalam bi- dang Undang-Undang, Noor Alam adalah antara orang yang mempunyai cukup pengalaman dalam perbicaraan pelajar berpandukan AUKU 1971, Pindaan 1975.

Pengalaman bersama dalam perbicaraan-perbicaraan AUKU itu jugalah mendorong projek penyelidikan Doktor Falsafah saya di Universiti Hull, England, pada mulanya diberi tajuk Kes-Kes Perundangan dalam Perkhidmatan Personel Pelajar Pengajian Tinggi yang kemudiannya dipinda kepada tajuk yang lebih lebar.

Tumpuan khusus penyelidikan saya pada mulanya ialah AUKU. Untuk tujuan penyelidikan itu saya telah menyelongkar banyak dokumen primer lama termasuk minit mesyuarat pertama Timbalan-Timbalan Naib Canselor yang masa itu baharu dilantik de- ngan membabitkan penasihat undang-undang Kementerian Pelajaran.

Apabila saya mendapati sulit saya memahami aspek perundangan kerana latar belakang ijazah pertama saya bukan dalam bidang undang-undang, saya telah membuat keputusan mendaftar di sebuah kolej, iaitu Hull Collage, bagi mengikuti pengajian undang-undang.

Selepas setahun saya menarik diri dari kolej itu disebabkan beratnya beban tugas belajar dua pengajian di dua buah institusi serentak.

Hal itu saya lakukan semata-mata ingin memahami dengan mendalam hak-hak pelajar di universiti dari sudut falsafah perundangan yang tidak boleh saya perolehi hanya melalui subjek falsafah pendidikan di jabatan yang menjadi tuan rumah program pengajian Doktor Falsafah saya, walaupun penyelia tesis saya adalah seorang profesor yang ada kelulusan LLB.

Tujuan saya menyebut Noor Alam dan pengajian saya adalah untuk menarik perhatian bahawa pindaan AUKU hendaklah tidak dibuat dengan sesuatu andaian ringan yang kesudahannya memberi tumpuan kepada hal-hal teknikal dan mekanikal da- lam AUKU.

Lebih lemah jika pindaan dibuat untuk keselesaan politik atau keselesaan pentadbiran.

Saya dengan kuat ingin melihat bahawa pindaan itu nanti dibuat setelah mempertimbangkan, lalu memilih sesuatu doktrin perundangan yang juga berasaskan doktrin kemanusiaan dan doktrin pendidikan. Tentulah tidak elok apabila hanya selepas pindaan itu diluluskan Parlimen, baharu pihak kerajaan tercari-cari alasan apabila ada yang mempersoalkannya.

Saya mendapati sekurang-kurangnya tiga doktrin perundangan boleh dipertimbangkan untuk dipilih sebagai asas meminda akta yang dimaksudkan. Doktrin-doktrin tersebut termasuk doktrinin loco parentis, doktrin keadilan kontrak dan doktrin fiduciary.

Doktrin in loco parentis adalah doktrin perundangan yang telah berkurun diamalkan di institusi pendidikan sama ada peringkat sekolah mahu pun pengajian tinggi. In loco parentis' bermaksud institusi berada pada kedudukan mengganti ibu bapa.

Pada kedudukan itu institusi boleh membuat keputusan yang padanya baik untuk pelajar sebagaimana ibu atau bapa membuat keputusan yang pada mereka baik untuk anak mereka, walaupun dalam keadaan biasa keputusan itu mungkin boleh dianggap sebagai pelanggaran kebebasan asasi individu.

Dalam satu kes rujukan undang-undang Tinker melawan De Moines di Amerika Syarikat, Hakim Clarence Thomas semasa membuat penghakiman mengatakan bahawa peranan mahkamah dalam kes itu ialah menentukan sama ada kebebasan bersuara pelajar boleh dihadkan olehdoktrin in loco parentis. Dia merujuk kes Lander melawan Server yang memutuskan bahawa sekolah dibenarkan menghukum kebebasan pelajar bersuara jika guru sekolah percaya kebebasan itu bertentangan dengan kepentingan dan wawasan pendidikan.

DiputuskanDalam kes New Jersey melawan T.L.O pula diputuskan bahawa institusi pendidikan boleh membuka almari dan ruang pe- ribadi pelajar dalam bangunan institusi itu sambil menyampaikan maksud in loco parentis bahawa sekolah mewakili negara.

Jika penasihat undang-undang di KPT dan di UUM merujuk kes-kes ini, mungkin UUM tidak akan membayar ganti rugi kepada tuntutan mahkamah oleh pelajar yang telah dibuang atas isu tertunggak berkaitan kebebasan bersuara pada tahun lepas.

Kes Hazelwood School Dstrict melawan Kuhlmeier pula Mahkamah Tinggi AS memutuskan bahawa hak asasi pelajar tidaklah sama secara automatik dengan hak asasi orang dewasa dalam suasana yang lain. Di Mahkamah Tinggi Kentucky dalam kes Gott melawan Kolej Berea, diputuskan bahawa kolej atau universiti boleh, antara lain, me- netapkan peraturan tingkah laku pelajar yang telah memasuki institusi itu sebagaimana yang dipersetujui oleh peraturan kerajaan.

Ini juga berpandukan doktrin in loco parentis.

Berdasarkan hujah itu, AUKU boleh dilihat sebagai dokumen yang menyediakan prosedur bagaimana in loco parentis dilaksanakan di universiti.

Jika itu diterima sebagai satu undang- undang, mahkamah biasanya tidak akan mencampuri urusan keputusan atau hukuman. Yang boleh dicampuri oleh mahkamah ialah apabila adanya ketidakpatuhan kepada proses.

Tentangan terhadap doktrin ini sekarang ialah persoalan sama ada benar universiti atau kolej membuat keputusan seperti yang dikehendaki oleh ibu-bapa? Adakah apa yang ditafsir baik oleh pihak uni- versiti sama dengan apa yang ditafsir baik oleh ibu-bapa dan demikian juga sebaliknya? Jika ini dapat dibuktikan, dijangka mahkamah tidak akan mengganggu keputusan universiti asalkan procedural due- process undang-undang telah dipenuhi. Kalau begitu siapakah yang boleh diiktiraf mewakili ibu-bapa dalam kumpulan panel meminda AUKU?

Dalam hal ini, keputusan mahkamah di AS dalam kes Pratt melawan Kolej Wheaton disebutkan berkaitan institusi pendidikan: 'Suatu kuasa budibicara telah diberikan, dan kita tidak ada kuasa untuk masuk campur sama seperti disiplin rumah tangga yang telah ditetapkan oleh seorang bapa dalam keluarganya'.

Tentangan lain terhadap doktrin ini ialah soal umur pelajar. Di universiti terdapat kumpulan umur yang masih dianggap minor yang in loco parentis boleh terpakai dengan kukuh. Namun begitu bagi mereka yang sudah melebihi umur itu atau age of the majority, in loco parentis mungkin bo- leh dicabar kerana umumnya apabila memasuki umur itu seseorang telah tidak lagi terikat dengan peraturan ibu-bapa. Jika ibu-bapa pun tidak boleh mengikat anak mereka lagi, apatah lagi institusi. Institusi tentu tidak lagi boleh menganggap dirinya sebagai mengambil tempat ibu-bapa.

Doktrin keadilan kontrak pula akan menghuraikan kedudukan pelajar dengan universiti sebagai dua contracting parties. Sesuatu kontrak itu sah sama ada bertulis atau tidak apabila elemen kontrak wujud iaitu offer, acceptance and consideration. Kontrak ditafsir sebagai saling bertukar janji. Kontrak boleh di langgar, dan ia bu- kan suatu kesalahan undang-undang, dengan syarat ada ganti rugi atau remedies. Di dalam kontrak juga hendaklah dijelaskan bahawa kedua-dua pihak mempunyai niat yang nyata untuk memasuki sesuatu kontrak.

Bagaimanakah AUKU akan menghuraikan niat pihak universiti (yang diwakili oleh guru dan pentadbir) dan pihak pelajar memasuki suatu kontrak? Bagaimanakah kedudukan iklan-iklan universiti di media dan sebagainya tentang tawaran program pengajiannya? Bagaimanakah apabila pelajar memohon sesuatu program tetapi ditawarkan suatu program yang lain?

Adakah universiti telah melanggar kontrak jika separuh jalan pengajian, kandungan silibus sesuatu kursus diubah daripada apa yang telah dimasukkan dalam buku panduan semasa pelajar mendaftar? Kukuhkah pertahanan pembelaan universiti dengan hanya memasukkanstatement of disclaimer dalam keadaan itu? Bolehkah mungkin iklan-iklan itu nanti dianggap mahkamah sebagai hanya invitation to treat?

Jika doktrin kontrak yang hendak digunakan, dirasakan AUKU lebih baik dilupuskan sama sekali. Pelajar dianggap sudah memasuki umur majoriti yang melayakkan mereka memasuki sesuatu kontrak. Kedua-dua pihak saling menawar dan menerima sesuatu terma kontrak tanpa ada akta khas seperti AUKU. Kontrak boleh bersifat bilateral.

Contohnya setelah memasuki kontrak, universiti wajib memberi program pengajian yang telah setuju terima oleh pelajar dan pelajar pula wajib membayar (consideration) sejumlah wang yang dipersetujui.

UnilateralNamun demikian, kontrak juga boleh bersifat unilateral. Contohnya, saya berjanji akan memberi anak saya suatu hadiah bernilai jika dia menjumpai semula kayu golf saya yang hilang. Jika dia menjumpainya, maka wajib bagi saya memberi hadiah bernilai itu tetapi tidak wajib baginya mencari kayu golf saya itu.

Aplikasinya kepada universiti, mungkin wajib bagi universiti membekalkan sesuatu pengajian dalam sesuatu program tetapi tidak wajib bagi pelajar mempelajari atau menghadiri pengajian itu.

Dalam kes ini bolehkah universiti mengenakan denda, seperti kebanyakannya, bagi ketidakhadiran pelajar ke kuliah dengan memotong markah, memberi tugasan tambahan dan sebagainya.

Mungkinkah AUKU sendiri akan menjadi suatu dokumen kontrak unilateral?

Doktrin fiduciary pula dianggap sebagai suatu tanggungjawab tertinggi dalam beberapa doktrin perundangan. Dalam doktrin fiduciary, universiti bertanggung memastikan ia tidak menyebabkan berlakunya sesuatu kecederaan kepada pelajarnya dalam apa-apa bentuk. Ia seolah-olah tort. Jika prinsip keadilan menetapkan reasonable due process, tort pula menetapkan reasonable due care.

Berbeza dengan tort, doktrin fiduciary meletakkan juga tanggungjawab fiduciary kepada pelajar untuk tidak dengan apa cara menimbulkan kecederaan kepada institusi.

Dalam konteks inilah dibolehkan supaya dikuat kuasakan affirmative action untuk menjaga kedua-dua pihak yang mungkin dicederakan.

Juga, jika di dalam kontrak persetujuan hendaklah beserta dengan maklumat atau informed consent dalam fiduciary, seorang yang mempunyai tanggungjawab fiduciary hendaklah bermaklumat sebelum bertindak atau membuat keputusan.

Elemen penting ialah adanya reasonable knowledge. Konsep-konsep reasonable due care, procedural due-process, reasonable knowledge, informed consent' sangat penting diambil kira dalam pindaan AUKU.

Adanya sesuatu doktrin yang dipilih sebagai tunggak AUKU akan memberi kekuatan kepada AUKU bukan sahaja dari segi perundangan, bahkan juga kekuatan moral.

Pelaksana AUKU tidak akan terumbang- ambing dengan perasaan bersalah moral dan sebagainya tatkala membuat keputusan atau jika perlu menghukum.

Bahkan, keributan sebahagian ahli politik mengenai AUKU yang berpanjangan berkemungkinan disebabkan oleh tidak jelas atau tidak kukuhnya doktrin yang dipakai semasa menggubalnya dahulu. Atau, mungkin orang yang menggubal dahulu begitu jelas dengan doktrin dan falsafahnya tetapi orang kemudian telah kehilangan rasional-rasional itu. Saya yakin rakan saya seperti Profesor Noor Alam telah dapat memberikan sesuatu dalam panel itu.

No comments:

Post a Comment