Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, November 8, 2009

CURRICULUM PERSPECTIVES: CONTENT AND PROCESS

Menurut Thomas R.Guskey (2002), terdapat tiga matlamat utama dalam program perkembangan staf iaitu mengubah amalan guru dalam bilik darjah, kedua mengubah pencapaian hasil pembelajaran dan ketiga mengubah kepercayaan dan amalan guru.

Namun begitu, turutan yang dicadangkan dalam model ini merupakan satu alternatif dan ia boleh berubah bergantung kepada situasi dan budaya kerja di sesebuah institusi itu dimana kajian tersebut dilaksanakan.

Thomas R.Guskey (2002) percaya bahawa perubahan amalan guru dalam bilik darjah akan berlaku dengan ketara apabila amalan tersebut didapati mampu mengubah pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Pengalaman berjaya mengaplikasikan pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran, akhirnya akan membentuk kepercayaan dan perlakuan guru yang baru. Berdasarkan Model of teacher change oleh Thomas R.Guskey (2002), dapat disimpulkan bahawa guru akan menerima sesuatu perubahan dalam pengajaran apabila perubahan itu mampu membantu meningkatkan pencapaian pelajar di dalam kelas.

Bolster (1983), telah memperluaskan lagi idea dan prinsip berkaitan pengajaran dan prinsip guru dengan menyatakan ‘when they give rise to actions that ‘work’”. Kenyataan ini menyokong apa yang dinyatakan dalam model Guskey berkaitan pencapaian pelajar dan perubahan amalan guru di dalam kelas. Menurut Bolster lagi, perkembangan staf yang dilaksankan perlulah memberi pengetahuan yang boleh dipraktikkan di dalam kelas. Jika ini tidak diambil kira sebarang pembaharuan dan program terkini sukar diterima guru.

Namun begitu, Fullan (1985) mendapati bahawa perubahan sikap, biasanya akan diikuti dengan perubahan amalan dan kefahaman sebelum perubahan tingkahlaku berlaku. Pendapat ini menunjukkan sedikit perubahan susunan dalam model Guskey. Fullan meletakkan perubahan sikap di tempat pertama dan diikuti dengan perubahan amalan dan kefahaman guru serta disusuli dengan perubahan tingkahlaku.

Pakar Psikologi William James, menteorikan bahawa faktor utama ialah maklumbalas yang dapat dilihat daripada perubahan tingkahlaku hasil daripada sesuatu situasi. Menurut beliau, kefahaman dan sikap guru adalah paling utama berbanding penyebab kepada sesuatu situasi itu. Teori ini ada menunjukkan sedikit kesamaan dengan model Guskey yang mementingkan perubahan tingkahlaku guru setelah terdapat bukti atau hasil daripada sesuatu pembaharuan itu.

Shulma (1987) turut menyokong dengan mencadangkan bahawa perkembangan staf yang dilaksanakan sepatutnya dapat membantu guru memperbaiki peranannya sebagai tenaga pengajar. Keadaan ini termasuklah memperbaiki kaedah mengajar dan penyampaian guru di dalam kelas. Beliau berpendapat guru perlu diperkenalkan dengan idea-idea baru, mengubah kepercayaan dan amalan biasa guru di dalam bilik darjah.

Joyce and Showers (1988) mencadangkan perkembangan staf yang paling berkesan ialah apabila ia memenuhi keperluan individu, sekolah, program yang bertepatan, memenuhi keperluan pelajar dan mempertimbangkan keupayaan serta perwatakan. Situasi ini menyandarkan bahawa pembaharuan akan diterima sekiranya keperluan-keperluan ini dipenuhi dan ia membawa kejayaan dalam pelaksanaan dan mampu mempengaruhi tingkahlaku dan kefahaman seseorang.

Berdasarkan pertimbangan saya, model yang diperkenalkan oleh Thomas Guskey ini adalah satu proses perubahan yang realistik dan boleh dipraktikkan bergantung kepada perwatakan guru dan budaya serta kefahaman guru yang menerima pembaharuan tersebut.

Rujukan

Guskey, T. R. (2002). Professional Development and the Teacher Change. Teachers and Teaching: theory and practice Vol.8,No.3/4.

Joyce, B., & Showers, B. (2002). Student Achievement through Staff Development. (Available: http://forms.ncsl.org.uk/mediastore/image2/randd-engaged-joyce.pdf

Stein, S. J., McRobbie, C. J., & Ginns, I. (1999, November- December). A Model for the Professional Development of Teachers in Design and Technology [Available: http://www.aare.edu.au/99pap/ste99273.htm (STE99273)]. Paper presented at the annual conference of the Australian Association for Research in Education - New Zealand Association for Research in Education, Melbourne.

No comments:

Post a Comment